Anwar persoal pembinaan bangunan baharu Fama bernilai RM220 juta

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] NAK bantu peladang atau nak buat mahligai baharu di Kelana Jaya, soal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar (PH-Port Dickson) mempersoalkan tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan berhubung pembinaan pejabat korporat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) baharu bernilai RM220 juta.

Katanya, ketika penubuhannya Fama berperanan untuk membantu petani dan perkebun kecil untuk pemasaran, namun situasi mendesak ketika ini ia berlaku sebaliknya.

“Masalah pemasaran tidak akan dibantu dan diselesaikan dengan pembangunan korporat baru.

“Kata Menteri tidak libat beban kewangan .. Menteri perlu lebih teliti apa keutamaan kita.. nak bantu peladang petani jual barang dia, makanan ternakan dan sebagainya atau nak buat mahligai baru di Kelana Jaya dalam keadaan mendesak sekarang,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Presiden PKR itu berkata, pihak kementerian perlu melihat kembali peranan Fama kerana penubuhannya dulu penuh kontrovesi antara pimpinan Umno dan MCA kerana dilihat dari sudut kaum.

“Saya lihat dari sudut pemerasan, lintah darat.. dari sudut orang mengaut keuntungan yang membebankan dan memiskinkan petani yang sedia miskin.

“Jadi saya harap Menteri terutama dari Sabah, saya katakan kerana masalah pengangguran di Sabah sudah melonjak tinggi semasa Covid-19.

“Masalah petani di Sabah tidak membantu dengan pembinaan ini (bangunan di Kelana Jaya),” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here