GUDANG termasuk ladang milik keluarga pelakon Hollywood, Jennifer Lawrence musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada 27 November lalu.
Memetik USA Today, gudang yang terbakar itu merupakan tapak kem musim panas yang diberi nama Camp Hi-Ho di Simpsonville, Kentucky, Amerika Syarikat.
Kem berkenaan telah diusahakan oleh adik Lawrence, Blaine.
Menerusi Facebook Blaine, beliau bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku namun sedih atas insiden terbabit.
“Kami bersyukur ia tidak meragut nyawa dan haiwan ternakan kami.
“Namun, kami masih bersedih dengan kerugian besar hasil kerja keras bertahun-tahun dan kenangan di gudang terbabit,” ujarnya.
Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat sedang menyiasat punca kebakaran.
Sebanyak enam jentera bomba terbabit memadamkan kebakaran tersebut. -Malaysiapost

