PKPB di Lembah Klang tamat atau dilanjutkan diketahui Jumaat ini

0
1

SAMA ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan dilanjutkan atau tidak, dijangka diketahui Jumaat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu bergantung kepada penilaian risiko yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“KKM akan membuat penilaian risiko dari segi kadar kebolehjangkitan di sesuatu kawasan PKPB pada minggu terakhir.

“Seperti di Kuala Lumpur, Selangor akan tamat 6 Disember ini, maka penilaian risiko akan dilakukan minggu ini.

“KKM akan nasihatkan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) beberapa hari sebelum tamat dan saya akan umumkan dalam sidang media,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan orang ramai yang meminta pengumuman PKPB dibuat lebih awal berbanding sebelum ini.

Ismail Sabri berkata, pengumuman mengenai perkara itu dijangka dibuat pada Jumaat ini.

“Insya-Allah kita akan umum lebih awal supaya memudahkan perancangan orang ramai,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here