PRODUK ‘buruan’ ramai ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ‘naik harga’ bermula esok.
Menerusi kenyataan, beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal berlaku peningkatan harga sehingga 20 sen.
Menurut syarikat itu, peningkatan harga bermula dari 5 sen membabitkan produk roti seperti Gardenia Squiggles – Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll – Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans.
Kenaikan harga 20 sen pula melibatkan produk roti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries.
“Semakan harga ini dibuat kerana kenaikan harga bahan mentah seperti sayur, serbuk koko, susu dan pembungkusan.
“Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi,” katanya sambil menambah keputusan menaikkan harga produk adalah pilihan terakhir.
GBKL pada masa sama berkata tiada peningkatan harga bagi produk lain keluaran syarikat itu. – Malaysiapost

