Srikadi perlu jadi penyampai – Rina

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

SRIKANDI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta menjadi ejen penyampai kerajaan kepada masyarakat terutama golongan wanita.

Ketuanya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata Belanjawan 2021 menyaksikan peruntukan besar diberikan kepada rakyat dan golongan wanita dan Srikandi perlu memainkan peranan menyampaikan maklumat.

“Srikandi harus perlu menyampaikan maklumat kepada ahli, masyarakat di luar sana.

“Saya yakin Srikandi akan terus komited untuk menyantuni, mempayungi kebajikan masyarakat,” Katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Ketua Srikandi Malaysia sempena Persidangan Tahunan Kali Ketiga Bersatu secara atas talian, hari ini.

Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga meminta Srikandi menjadi suara daripada rakyat dalam memastikan segala permasalahan rakyat diketahui pimpinan parti.

“Kita perlu lebih bersama-sama rakyat supaya kita dapat lebih menyelami hati rakyat,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here