Gerak Khas bakal berakhir selepas 21 tahun

0
2

SELEPAS 21 tahun ditayangkan di kaca televisyen, drama bersiri kepolisan, Gerak Khas akan memasuki musim terakhir pada 4 Disember ini.

Jika sebelum ini iaitu sejak 1999 ia ditayangkan di RTM, kini drama bersiri itu akan ditayangkan di TV3 bermula jam 10.30 malam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Twitter TV3 Malaysia yang telah berkongsi trailer Gerak Khas The Finale.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan beberapa pelakon asalnya dikekalkan antaranya seperti Datuk Yusof Haslam, Norman Hakim, Abby Abadi, Erra Fazira, Salina Saibi, Deen Maidin dan Sheera Iskandar.

Mula ditayangkan pada 5 April 1999, drama yang sudah mempunyai 1,026 episod ini memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya sehingga turut mempunyai tiga filemnya sendiri. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here