Covid-19: 6 kluster baharu dicatatkan hari ini

0
1

Nurul Huda Abhar

TERDAPAT 355 kluster telah dilaporkan termasuk enam kluster baharu yang direkodkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster baru itu adalah Kluster PTS Sibuga, Kluster Tapak Bina Jesselton, Kluster Dermaga dan Kluster Tempasuk di beberapa daerah di Sabah.

“Dua lagi adalah Kluster UD SS2 melibatkan kawasan Petaling, Selangor dan Kluster Tapak Bina Awan Baru di Kepong, Cheras di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat empat kes kematian Covid-19 direkodkan hari ini dan kesemua kes dicatatkan di Sabah.

Katanya, kes kematian hari ini melibatkan seorang warganegara manakala tiga lagi bukan warganegara.

“Ini termasuk kes ke-352 iaitu lelaki bukan warganegara berumur 130 tahun yang disahkan meninggal di Hospital Tuaran.

“Bagi kes ke-351 lelaki warganegara berumur 84 tahun yang , meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent. Mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit mata.

“Kes ke-353 pula adalah kanak-kanak berumur empat tahun yang disahkan meninggal di Hospital Tawau dan kes ke-354 wanita berusia 60 tahun meninggal di Hospital Duchess of Kent,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here