Boleh bernikah di masjid luar zon merah – JAWI

0
2

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan majlis akad nikah dilangsungkan di masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tidak berada di kawasan zon merah berkuat kuasa 1 Disember ini.

JAWI dalam kenyataan semalam memaklumkan keputusan itu dibuat mengikut data yang dikeluarkan pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

“Jabatan ini sudah membuat ketetapan perluasan kebenaran berkahwin bertujuan untuk memberi lebih banyak pilihan tempat akad nikah kepada pasangan yang ingin melaksanakan majlis akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Langkah ini juga bagi mengelak berlakunya perkumpulan atau kehadiran ramai orang di sesebuah masjid pada satu-satu masa,” kata kenyataan itu.

JAWI memaklumkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) bertanggungjawab memastikan semua pihak yang terbabit dalam majlis akad nikah itu mematuhi prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara dan pengurusan tertinggi JAWI dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, JAWI hanya membenarkan majlis akad nikah diadakan di Pejabat JAWI Kuala Lumpur, JAWI Cawangan Putrajaya dan premis tertentu yang ditetapkan termasuklah beberapa masjid tertentu sahaja. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here