Jaga kesihatan, terus doakan saya dan ‘Kahfi Mode On’ – Alif Satar

0
2

Nurul Huda Abhar

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Alif Satar tetap bersenam dan bersemangat walau masih menerima rawatan sebagai pesakit Covid-19 di sebuah pusat rawatan di Melaka.

Menerusi hantaran video berdurasi 55 saat di entri Instagram (IG) miliknya, Alif berkongsi aktiviti harian di pusat rawatan, termasuk melakukan senaman ringan untuk kekal sihat.

“Selamat pagi semua, baru habis bersenam selama setengah jam. Saya sekarang di pusat rawatan pesakit Covid di Hospital Melaka.

“Alif akan kongsi pengalaman di channel Youtube sebagai pesakit Covid.,” ujar penyanyi berusia 30 tahun itu.

Dalam masa sama, pelakon drama ‘Pia’ itu sempat mengingatkan orang ramai agar terus menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Aliff turut memohon agar peminat terus mendoakan kesihatannya yang kini masih dalam tempoh rawatan dan kuarantin.

“Cuma nak beri tahu tidak kira siapa anda, jaga kesihatan. Kesihatan adalah harta paling penting. Berhenti merokok, cuba hidup dengan gaya yang sihat. Sentiasa makan makanan yang sihat,

“Terus doakan saya. Jaga diri. Salam Jumaat. ‘Kahfi mode on’,” ujarnya lagi.

Semakan Malaysiapost di IG milik Alif mendapati penyanyi itu turut memuatnaik gambarnya berada di bilik rawatan sambil memakai baju yang disediakan pihak hospital.

Dia juga berkongsi gambar menerima bungkusan plastik kuning yang mempunyai pesanan lucu daripada jururawat hospital dengan tulisan “Alif kamu jangan Nakal-Nakal! Ini yang last”.

Sebelum ini, Aliff membuat pengumuman dirinya positif Covid-19 menerusi entri di IG, Ahad lalu.

Lebih menyedihkan apabila dikhabarkan datuknya yang dipanggil ‘Pakwan’ berusia 91 tahun turut dijangkiti wabak itu.

Susulan itu, beberapa artis dan kakitangan stesen televisyen membuat ujian saringan Covid-19 kerana Alif turut sama membuat persembahan di rancangan Semi Final Muzik-Muzik ke-35.

Sehingga kini, artis-artis yang telah membuat ujian saringan bebas daripada Covid-19. – Malaysiapost

https://www.instagram.com/p/CIDG1OhF98o/?igshid=ux51vp8t7e3y

https://www.instagram.com/p/CIEwbSApF75/?igshid=tc2dwxnzaj1w

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here