Usul Belanjawan 2021 diluluskan

0
1

Muhammad Mustakim Ramli 

[PARLIMEN] USUL Belanjawan 2021 dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 6 November lalu lulus dalam undian di Dewan Rakyat, sebentar tadi. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan itu, sebentar tadi. 

Terdahulu, Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan itu selama sejam yang kemudiannya disokong semua Ahli Parlimen kerajaan. 

Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan. 

Ketika proses pengundian, ada wakil rakyat pembangkang meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat supaya membuat undi berbelah bahagi. 

Azhar kemudian meminta Ahli-Ahli Parlimen yang mahu undian berbelah bahagi supaya bangun, namun 13 berbuat demikian antaranya Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) dan Khalid Samad (PH-Shah Alam). 

Undia belah bahagi hanya boleh dijalankan jika cukup korum 15 Ahli Parlimen bersetuju. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here