Agong dukacita pemergian Maradona

0
1

KEMATIAN lagenda bola sepak, Diego Armando Maradona turut mendukacitakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi hantaran Facebook Istana Negara, Al Sultan Abdullah mengucapkan takziah kepada pemain Argentina itu yang menghembuskan nafas terakhir lewat malam tadi kerana serangan jantung.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mengucapkan rasa simpati kepada keluarga, orang tersayang, peminat dan rakyat Argentina atas kehilangan seorang anak lelaki yang dikasihi dan disayangi.

“Baginda kali terakhir bertemu dengan pemain bola sepak berbakat di Zurich semasa Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA pada 2017 dan terpesona dengan karisma, keperibadiannya dan mempunyai ‘sense of humour,” menurut hantaran tersebut.

Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan bahawa Maradona, 60, adalah pemain bola sepak kegemaran baginda.

“Kecintaan dan kesungguhan Seri Paduka Baginda terhadap bola sepak dan penglibatan dalam permainan yang indah, di Malaysia dan di seluruh dunia, mempunyai persamaan dengan Maradona dan mereka bercakap panjang lebar mengenai cinta mereka terhadap sukan ini.

“Pertemuan itu adalah kenangan berharga bagi Baginda, dan Diego Maradona akan sentiasa kekal sebagai pemain bola sepak kesayangan Baginda dan akan sangat dirindui,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here