UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) hari ini nafi memberhentian 600 pensyarah sambilan seperti dilapor sebuah portal berita, semalam
Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, menegaskan laporan berita terbabit bertajuk “UiTM re-assesses 600 part-time lecturers after funding cut” disalah erti dan menimbulkan kekeliruan pelbagai pihak.
Beliau berkata, pengambilan pensyarah sambilan di UiTM untuk setiap semester adalah berdasarkan keperluan program dan subjek di setiap fakulti.
“Jadi, jumlahnya berbeza pada satu-satu semester. Laporan mengatakan UiTM memberhentikan pengambilan pensyarah sambilan amat dikesali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Mohd Azraai turut menjelaskan, beliau dalam kenyataan bertulis UiTM kepada akhbar berkenaan juga tidak menyebut mengenai pemotongan belanjawan.
“Justeru, isu berkenaan perkara ini tidak timbul sama sekali,” katanya.
Tambahnya, UiTM juga sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang prihatin dengan pembangunan serta operasi universiti.
“Ia adalah satu proses yang berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa. – Malaysiapost

