MP BN dijanjikan peruntukan sehingga RM4 juta bagi pertahankan Muhyiddin

0
2

Aiman Hanif

PERUNTUKAN sehingga RM4 juta ditawarkan kepada Ahli Parlimen BN bagi menyokong Belanjawan 2021 dan mempertahankan kerajana Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber dalaman parti itu, perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan Ahli Parlimen BN malam tadi.

“Malam tadi ada pertemuan dengan Ahli Parlimen BN untuk meminta mereka supaya kekal menyokong Muhyiddin.

“Mereka dijanjikan peruntukan pembangunan sehingga RM4 juta tahun hadapan.

“Peruntukan sama akan diberikan kepada Ahli Parlimen PAS dan ada kemungkinan Ahli Parlimen Warisan,” katanya kepada Malaysiapost.

Esok proses pengundian akan berlangsung di Parlimen yang sekali gus akan menentukan kelangsungan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Jika Belanjawan 2021 ditolak, ia secara tidak langsung memberi gambaran yang Muhyiddin hilang sokongan untuk terus memimpin kerajaan.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan yang sokongan BN kepada Belanjawan 2021 adalah secara bersyarat.

Iaitu, kerajaan PN perlu melanjutkan moratorium pinjaman serta membenarkan pengeluaran caruman akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Sementara itu, sumber berkata kerajaan PN pimpinan Muhyiddin kini umpama telur di hujung tanduk kerana sokongan yang belum pasti terhadap belanjawan.

“Selain penolakan terhadap bajet ada kemungkinan Ahli Parlimen BN tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

“Beberapa menteri Umno mula bersuara jalan terbaik sekarang ini ialah pembubaran Parlimen,” katanya lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here