Gangguan air: 27 kawasan Kuala Langat, Sepang dijangka pulih petang ini

0
2

GANGGUAN bekalan air di semua 27 kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang dijangka pulih sepenuhnya jam 5.30 petang ini.

Gangguan bekalan air itu berlaku berikutan kerja-kerja penggantian penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan berkata, kerja-kerja pengantian berkenaan telah siap dilaksanakan lebih awal daripada dijadualkan iaitu pada jam 3 pagi tadi.

“Justeru, pengguna akan mula menerima bekalan air bermula jam 5 pagi tadi dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat,” kata kenyataan itu.

Air Selangor berkata, sebarang maklumat lanjut dan status terkini bekalan air boleh layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

“Selain boleh dirujuk di semua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here