PAT Bersatu secara maya 28 November ini

0
2
mysuara.net credit

Muhammad Mustakim Ramli

PERHIMPUNAN Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2020 akan dilaksanakan secara maya buat pertama kalinya melalui sidang video pada 28 November ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata keputusan itu dicapai melalui Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, semalam.

“Persidangan atas talian itu akan disertai oleh perwakilan PAT dari seluruh negara di lokasi-lokasi seperti berikut iaitu:

  • Hotel Savanna (Perlis); Pejabat Bersatu Kedah (Kedah); Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas (Pulau Pinang); Hotel H Elites (Kelantan); Hotel Raia (Terengganu) dan Hotel Casaurina (Perak).
  • Hotel Darul Makmur (Pahang); Kelab Alam Shah (Selangor); Hotel Premiera ( Kuala Lumpur); Pejabat Bersatu Negeri Sembilan (Negeri Sembilan); Amverton Heritage Resort (Melaka); Hotel GBW 9R (Johor); Sabah International Convention Centre (Sabah) dan Hotel Kingwood (Sarawak).

“Selain wadah utama di semua peringkat, PAT kali ini akan membincangkan hala tuju dan dasar parti dalam aspek ekonomi, politik serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata mesyuarat MPT itu juga membincangkan usaha kerajaan membendung penularan Covid-19 dan hal berkaitan pentadbiran serta pengurusan parti.

“Dalam mesyuarat itu, MPT kekal menyokong penuh Belanjawan 2021 dibentangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyeru semua pihak menyokong serta mempertahankannya.

“Mesyuarat MPT juga memutuskan untuk mengangkat cadangan bagi meminda perlembagaan parti bagi tujuan penubuhan sayap baharu ahli bersekutu Bersatu ke PAT 2020,” katanya.-Malaysiapost

Foto Kredit: My Suara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here