King Gopal diintai Brunei

0
1

BEKAS ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal kini berada dalam senarai pendek tiga calon akhir untuk mengemudi skuad kebangsaan Brunei Darussalam.

Berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh Asean Football Federation (AFF), dua lagi calon yang berada dalam senarai tersebut adalah bekas ketua jurlatih Myanmar, Gerd Zeise, dan Micheal Weiss yang pernah mengendalikan skuad kebangsaan Filipina.

Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Pengiran Matusin Pengiran Matasan, berkata pihaknya sudah melengkap penilaian teknikal semua calon dan tiga orang jurulatih itu menepati kriteris teknikal yang telah ditetapkan.

“Selain dari kejohanan AFF Suzuki Cup yang akan berlangsung dalam tempoh beberapa bulan lagi, wujud juga pertimbangan berkaitan faktor kewangan yang telah diambil kira.

“Tetapi satu perkara yang pasti, kami akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini dalam masa terdekat,” katanya.

Rajagopal bukanlah nama asing di rantau ini selepas berjaya membawa Malaysia muncul juara kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 dan pingat emas kejohanan Sukan SEA 2009.

Manakala Zeise pula mengemudi skuad B20 Myanmar ke kejohanan FIFA Piala Dunia B20 2015 dan pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu dari 2015 hingga 2018.

Weisse pula adalah bekas ketua jurulatih skuad Filipina B23 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Filipina dari 2011 hingga 2014. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here