Cuaca tak menentu: Sultan Johor nasihat rakyat hati-hati

0
1

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah menasihati rakyat di seluruh daerah negeri itu supaya sentiasa berhati-hati berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Baginda bertitah, beberapa kawasan dinaiki air berikutan hujan lebat pada masa sekarang hingga segelintir penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Titah baginda , Kerajaan Negeri Johor, jabatan serta agensi kerajaan termasuk pasukan keselamatan juga perlu membuat persiapan sepenuhnya dalam menghadapi cuaca tidak menentu.

“Pada masa sama, pastikan mangsa-mangsa yang ditempatkan di penempatan sementara diberikan kemudahan secukupnya, di samping mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Begitu juga, penduduk yang menetap berhampiran kawasan rendah perlu sentiasa berhati-hati serta sentiasa patuh pada nasihat pihak berkuasa,” titah baginda menerusi akaun Facebook Sultan Johor, hari ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here