Covid-19: Ujian saringan Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel, Amira Othman negatif

0
1

SYARIKAT Rocketfuel memaklumkan artis dan kakitangan mereka yang terlibat secara langsung semasa program separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) disahkan negatif Covid-19.

Antara artis-artis yang terlibat semasa program tersebut termasuk Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel dan Amira Othman.

Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik di laman Instagram (IG) rasmi mereka, syarikat itu memberitahu akan memantau perkembangan artis-artis tersebut.

“Pihak pengurusan Rocketfuel ingin memaklumkan bahawa artis dan team di bawah naungan Rocketfuel Entertainment yang terlibat dalam Semi Final Muzik-Muzik 35 iaitu Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel dan Amira Othman disahkan negatif Covid-19.

“Walaupun tidak diharuskan menjalani proses kuarantin, pihak Rocketfuel akan sentiasa memantau perkembangan semasa artis kami.

“Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari wabak ini,” tulisnya semalam.

Artikel Berkaitan

Terdahulu, Malaysiapost melaporkan penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mengumumkan dirinya positif wabak Covid-19.

Alif telah membuat persembahan pada Jumaat lalu, dan dikatakan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.

Susulan itu, beberapa orang artis yang hadir membuat persembahan dalam program tersebut pada hari yang sama diminta untuk membuat ujian saringan Covid-19.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here