PKPB mungkin dilanjutkan sehingga hujung tahun

0
1

[PARLIMEN] PERINTAH kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) mungkin dilanjutkan sehingga hujung tahun ini sekiranya terdapat peningkatan kes, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Mohd Redzuan (Bersatu-Alor Gajah) berkata, PKPB yang dilaksanakan ketika ini berdasarkan penilaian risiko yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di setiap kawasan.

Iaitu dengan mengambil kira jumlah kes positif dan kadar jumlah keberjangkitan dalam lokaliti tersebut.

“Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk mengenakan PKPB sehingga hujung tahun ini sekiranya terdapat peningkatan kes.

“Pada masa yang sama, tindakan pembendungan perlu kita laksanakan bagi mencegah dan mengurangkan kes-kes Covid-19 kepada seminima yang boleh atau sehingga sifar kes melalui PKPB,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata SOP tertentu telah dikeluarkan oleh masyarakat di bawah pengisytiharan kawalan pergerakan itu, bagi mencegah dan memutuskan rantaian wabak itu.

“Meskipun demikian, kerajaan sentiasa ambil maklum akan perit jerih rakyat dalam menempuhi kemerosotan ekonomi yang sedang dialami dalam Covid-19.

“Atas sebab itu, SOP ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dan ditambah baik dengan bersifat dinamik mengikut keperluan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, PKPB dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 14 November lalu, susulan peningkatan kes Covid-19 dan kemudian dikuatkuasakan selama dua minggu, serta dilanjutkan beberapa kali dan dijangka berakhir pada 6 Disember ini.

PKBP kemudian dilaksanakan di beberapa negeri sebelum ditamatkan lebih awal di Terengganu, Johor, Melaka dan Kedah serta dilaksanakan pula di Kelantan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here