Mangsa banjir di Melaka meningkat

0
1

JUMLAH mangsa banjir di Melaka terus meningkat tengah hari tadi kepada 502 orang berbanding 492 mangsa sebelum ini.

Mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Gantong Sungai Rambai meningkat 53 orang apabila kediaman mereka dinaiki air, berbanding 23 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata di PPS SK Ayer Molek jumlah mangsa juga meningkat kepada 118 berbanding 115 orang manakala PPS SK Tehel, kekal 125 mangsa.

Katanya, tiga lagi PPS menunjukkan penurunan membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil dengan 109 berbanding 117 orang, diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shuh Yen (55 mangsa berbanding 61) dan SK Durian Tunggal (55 mangsa berbanding 61).

“Saya berharap penduduk di kawasan terjejas sentiasa berhati-hati susulan cuaca tidak menentu. Jika air naik di sekitar kediaman, mereka perlu menghubungi pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Berita Harian melaporkan, EXCO Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Idris Haron meninjau ke beberapa kawasan terjejas banjir di sekitar negeri ini, sejak Jumaat lalu.

Ia termasuk di Durian Tunggal dan Gadek antara lokasi paling teruk terjejas sebelum ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here