Belanjawan 2021: Tunggulah PRU nanti kata Puad

0
1

JIKA Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal berkeras menolak pengeluaran ‘one-off’ RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tunggulah Pilihan Raya Umum nanti.

Itu peringatan diberikan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Beliau berkata, perbahasan Belanjawan 2021 hanya tinggal tiga hari lagi sebelum undian sama ada ia diluluskan atau tidak di Parlimen.

Namun, menurutnya, Muhyiddin masih berkeras.

“Dia tidak takut dengan sokongan bersyarat parti lawan apatah lagi Umno.

“Dia juga tidak takut pada (Datuk Seri) Najib (Razak), (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi). Itu semua ‘kacang’ pada dia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, Tengku Razaleigh Hamzah sudah putus tidak mahu bahas Belanjawan 2021 ia bermakna Perikatan Nasional (PN) sudah hilang satu undi.

Mohd Puad mendakwa, Muhyiddin tidak takut pada mana-mana kumpulan.

“Tetapi dia akan bertembung dengan “satu kumpulan” di PRU ke-15 nanti. Iaitu Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

“Kumpulan ini ada 7.6 juta ahli aktif. Ahli Umno cuma 3.5 juta sahaja.

“Ini pertembungan “buku dengan ruas”. Jangan perlekehkan kuasa kumpulan KWSP ini. Kumpulan ini boleh merotan,” katanya.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here