204 syarikat pelancongan, perhotelan ‘gulung tikar’ ketika PKP

0
1

[PARLIMEN] PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan antara Mac hingga Oktober lalu menyebabkan 204 syarikat berkaitan pelancongan dan perhotelan ‘gulung tikar’, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy (PBB-Batang Sadong) berkata, berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ia membabitkan 109 syarikat berkaitan penginapan dan perhotelan dan 95 syarikat berkaitan agensi pelancongan, tempahan serta aktiviti berkaitan dan ejen pelancongan.

“Sebanyak 77 syarikat berkaitan penginapan dan perhotelan menamatkan perniagaan, manakala 32 lagi mengalami penggantungan oleh mahkamah atau sukarela.

“57 syarikat berkaitan agensi pelancongan, tempahan dan aktiviti berkaitan serta ejen pelancongan menutup perniagaan, manakala 38 lagi mengalami penggulungan oleh mahkamah atau sukarela.

“Selain itu, 135 syarikat pengusahaan pelancongan memohon lesen baharu dan diluluskan, antara Mac hingga 31 Oktober lalu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) mengenai jumlah hotel dan syarikat pelancongan gulung tikar sejak pelaksanaan PKP. -Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here