Malaysia lebih fokus politik, bukan ekonomi – Nazir Razak

0
2

BEKAS Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak menyifatkan bahawa Malaysia lebih fokus kepada politik bukan ekonomi negara.

“Setiap kali ditanya soalan mengenai ekonomi negara, saya sering mengatakan bahawa Malaysia tidak mempunyai ekonomi tetapi hanya mempunyai ekonomi politik,” katanya menerusi ruangan kolumnis My Say oleh Nazir Razak bertajuk ‘Making a Better Malaysia’ di portal The Edge Markets.

Mengulas lanjut, Nazir berkata, beliau pernah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang ekonomi dan politik secara serentak, namun tidak menyangka kedua-dua bidang itu saling berkaitan dan mempunyai jalinan yang kuat di negara ini.

“Kita mempunyai unsur ekonomi yang luas tetapi sering meletakkan kedudukan atau diri sebagai satu pasaran kapitalis bebas,” katanya.

“Ia sangat berbahaya untuk anda berpura-pura menjadi sesuatu yang bukan diri anda yang sebenar,” katanya.

Dalam masa sama, Nazir berkata, beliau juga melihat penglibatan kerajaan amat besar dalam ekonomi negara.

“Ia jelas terutamanya dalam aspek penganugerahan lesen dan kuota bermula era pemerintahan British, pelaksanaan dasar tindakan afirmatif era 1970-an sehingga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendominasi 40 peratus permodalan pasaran dana pelaburan saham Bursa Malaysia dan kerajaan menguasai pasaran modal.

“Amalan politik wang yang berleluasa juga sering dilihat mempengaruhi keputusan mengenai peraturan, dasar, perolehan dan tindakan GLC,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata, ia memerlukan pengalaman barisan hadapan untuk melihat sepenuhnya bahawa sistem kini yang ada banyak penyimpangan dan membawa kepada kerosakan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here