Suspek diserah kepada polis oleh bapanya

0
2

Lelaki tikam isteri serah diri

SUSPEK yang menikam isterinya di bahagian perut menggunakan pisau Rabu lalu, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Baling, jam 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berumur 33 tahun yang melarikan diri selepas kejadian itu, dibawa ke IPD berkenaan oleh bapanya dan diserahkan kepada polis.

“Suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 27 November bagi membantu siasatan,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Dalam kejadian jam 7 pagi Rabu lalu, wanita berumur 36 tahun cedera di bahagian perut sebelah kiri, dipercayai ditikam suaminya selepas pertengkaran di rumah mereka di Kampung Iboi, Kupang dekat Baling.

Syed Basri berkata, mangsa yang ditikam dua kali kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan berada dalam keadaan stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here