Nota terakhir pesakit Covid-19 undang sebak

0
2

Fitri Nizam

Tolong doa dan terus solat hajat, Abah minta maaf. Jaga diri semua.

Itu mesej terakhir Ahmad Talib, 58, yang ditujukan kepada isteri dan anak-anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 di Hospital Raja Permairusi Bainun (HRPB) Ipoh, Perak, Rabu lalu.

Gambar yang diambil oleh petugas barisan hadapan ini tular di media sosial selepas dikongsikan anak sulung mangsa, Syafiqa Humairak, 32, di Facebook.

Menurut Syafiqa, nota terakhir ini ditulis ayahnya sebelum ‘ditidurkan’ pada Isnin lalu akibat komplikasi dialaminya selepas disahkan positif Covid-19 pada 12 November lalu.

“Saya menangis setiap masa,” katanya di Facebook.

Difahamkan, ahli keluarga tidak dibenarkan untuk menyimpan nota terakhir itu susulan kebimbangan ia dicemari virus Covid-19.

Syafika berkata, semua urusan pengebumian ayahnya sudah selesai namun hanya dapat dilihat daripada jarak jauh.

“Cuma saya, suami dan seorang anak menakan (anak saudara) sahaja yang tidak dijangkiti (Covid-19),” katanya.

Justeru, Syafiqa turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana virus Covid-19 bukan bahan jenaka.

“Covid-19 bukan bahan jenaka, ikut SOP (prosedur operasi standard) dan jaga jarak. Jaga diri, jaga keluarga,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here