Nilam Oshman
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tiga kluster baharu Covid-19 dikenal pasti membabitkan Selangor, Johor dan Labuan.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketiga-tiga kluster baharu itu adalah Kluster Penjara Jalan Harapan melibatkan Penjara Sungai Buloh, Selangor di mana 17 kes dikesan positif Covid-19.
“Kluster Kota Kecil pula melibatkan Kota Tinggi, Johor di mana sembilan kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
“Kluster Sky Coklat di Labuan pula menyaksikan tujuh kes dikesan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat dua kluster ditamatkan hari ini iaitu
Kluster Bah Kayu dan Kluster Lekir menjadikan keseluruhan kluster tamat setakat ini adalah 159.
Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 327 kluster telah dilaporkan, menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 168.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 36 kluster melaporkan pertambahan kes.
“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai iaitu 299 kes, diikuti Kluster Hentian (79 kes), dan Kluster Tapak Bina Damanlela (43 kes),” katanya. – Malaysiapost

