Pak Long akan terus dengar keluhan rakyat

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

Insya-Allah… Pak Long akan terus mendengar setiap keluhan rakyat, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mesra dengan panggilan Pak Long, Ismail Sabri berkata, sejak Covid-19 melanda negara pada 23 Januari lalu, sehingga hari ini semua menjalani kehidupan secara norma baharu.

Katanya, walaupun pada mulanya ia agak sukar, namun kini telah menjadi satu kebiasaan.

“Saya pula sebagai Menteri Kanan Keselamatan, dilantik menjadi jurucakap kerajaan mengenai perkara bukan berkaitan dengan kesihatan, manakala Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham (Abdullah) bercakap mengenai kesihatan.

“Maka setiap keputusan mesyuarat khas menteri-menteri mengenai Covid-19 serta sidang khas MKN akan saya laporkan secara harian dalam sidang media.

“Jadi, setiap laporan harian saya adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang dihadiri oleh sebahagian besar menteri-menteri dan ketua-ketua jabatan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, setiap keputusan pula berdasarkan nasihat dari Kementerian Kesihatan mengikut penilaian risiko mereka, iaitu seperti isytihar PKPP dan PKPB.

“Saya tahu ramai netizen marahkan saya… saya faham perasaan mereka. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik dengan mendengar suara mereka dan membawa suara mereka ke mesyuarat khas MKN.

“Percayalah, Pak Long mahu yang terbaik untuk semua, sebagaimana Pak Long mahu yang terbaik untuk keluarga Pak Long, begitu juga Pak Long mahu yang terbaik untuk orang ramai. Pak Long sayang semua,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here