Umno tidak boleh bersendirian – Annuar

0
2
KUALA LUMPUR, 27 Feb -- Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bercakap ketika sidang media selepas pertemuan khas di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Muhammad Mustakim Ramli

UMNO tidak boleh bersendirian, perlu bersama PAS dan Bersatu, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Umno tidak boleh bergerak secara solo dan berkemungkinan akan kalah sekali lagi seperti PRU yang lalu.

“Saya dah buat kajian…. kalau Umno bawa diri secara solo kekuatan kita sekian.. bergerak dengan PAS sekian..kalau dengan PN (Perikatan Nasional) kekuatan kita sekian.. yang mana kalau Umno sendirian ‘no way’.

“Umno, PAS dan Bersatu bergabung adalah pilihan yang terbaik. Tengok April lalu, saya bentangkan kajian yang dilakukan bersama rakan-rakan kepada Biro Politik.

“Dari segi populariti PH (Pakatan Harapan) nombor satu, nombor dua PN, ketiga MN (Muafakat Nasional) dan keempat BN masih dibawah tetapi BN jika campur MN kita nombor satu boleh kalahkan PH,” katanya dalam wawancara di Umno Online.

Mengulas lanjut, Annuar berkata politik ketika ini adalah berbeza dengan politik 20 tahun yang lalu, di mana Umno boleh bersendirian.

“Jika bapa Umno, anak-anak belum tentu. 4.5 juta belia berusia 18,19 tahun adakah kita yakin mereka ini pencinta Umno yang ‘die hard’? pada analisa saya tidak.

“Senarionya dah berubah. Rakyat nak melihat kepada personaliti, integriti, pejuangan yang boleh diharapkan dan bukannya pada nostalgia lama kerana Umno parti yang banyak jasa,” katanya.

Annuar berkata politik ketika ini adalah membabitkan kerjasama dan mahu tidak mahu perlu mengakui kekuatan yang ada antara parti.

“Kita kena akui PAS parti yang besar, Umno juga parti yang lebih besar dan popular namun dari segi kajian Umno parti popular tetapi tokohnya jauh kebawah.

“Bersatu pula partinya tidak popular tetapi tokohnya diterima di atas. Ertinya Umno ada kekuatan ada kelemahan, begitu juga Bersatu dan PAS.

“Jadi mahu berjaya dalam PRU-15 bukannya dengan bergaduh, berebut kerusi banyak… tengok model Sabah bertanding banyak tetapi menangnya tak banyak baik bertanding sedikit tetapi menangnya banyak,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here