Sabah sokong penuh proklamasi darurat

0
1

KERAJAAN Sabah menyokong penuh keputusan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah bagi mengelak Pilihan Raya Kecil (PRK).

Ketua Menterinya, Datuk Hajiji Noor menyifatkan keputusan itu sebagai bijak bagi melindungi kesihatan rakyat Sabah daripada pandemik Covid-19.

“Keperluan untuk menghentikan penularan virus dan melindungi kesihatan rakyat sangat penting,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan, mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah, bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menasihati baginda berkenaan cadangan itu.

Dalam sesi siaran langsung petang ini, Perdana Menteri mempersembahkan nasihat beliau, susulan daripada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berkenaan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi
Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.185) Batu Sapi, Sabah untuk ampun perkenan Seri Paduka Baginda.

Mengulas lanjut, Hajiji memberi jaminan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah Covid-19 sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengatasi wabak itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here