Perkeso terima 388 aduan salah guna subsidi upah

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] SEBANYAK 388 aduan daripada pekerja membabitkan salah guna Program Subsidi Upah (PSU) oleh majikan membabitkan dana hampir RM20 juta diterima Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata daripada jumlah aduan itu, 232 kes aduan dalam proses inkuiri bagi melengkapkan maklumat aduan untuk diambil tindakan selanjutnya.

“Sehingga 11 November lalu, Perkeso sudah kenal pasti 156 kes tuntutan palsu dan salah guna PSU.

“Tindakan menuntut kembali bayaran dana PSU yang disalah guna oleh majikan kini giat dilakukan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menjawap soalan Charles Anthony Santiago (PH-Klang) mengenai bilangan majikan yang menerima PSU tetapi tidak menyalurkan kepada pekerja.

Saravan (BN-Tapah), berkata Perkeso akan menggantung pembayaran kepada majikan yang disyaki membuat tuntutan palsu sehingga siasatan terhadap aduan terbabit selesai dijalankan.

“Dalam menangani masalah tuntutan palsu ini, Perkeso mengambil tindakan ke atas sebahagian majikan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here