BINTANG terkenal Jepun yang membintangi Kamen Rider dan Pretty Guardian Sailor Moon, Akira Kubodera disahkan mati di apartmentnya, dipercayai akibat bunuh diri.
Media tempatan melaporkan, pelakon berusia 43 tahun itu ditemui koma di kediaman di Tokyo pada Jumaat dan disahkan mati selepas tiba di hospital.
Siasatan polis mengesahkan, Kubodera mati akibat membunuh diri.
Kematiannya disahkan agensi pelakon itu dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Menurut kenyataan itu, kematian yang mengejut itu membuatkan rakan serta keluarganya tidak dapat menerima kenyataan itu.
Mereka masih mendapatkan maklumat sebenar kejadian dan memohon pihak media tidak mengganggu keluarganya.
Kubodera berkahwin dengan pelakon Yuko Omori dan mereka memiliki seorang anak perempuan. -Malaysiapost

