Kerajaan perlu tambah baik Televisyen Pendidikan

0
2
KUALA LUMPUR 14 NOVEMBER 2018. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berucap pada majlis Anugerah Dengue Petrol Peringkat Kebangsaan 2018 di Aloft Hotel. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

[PARLIMEN] KERAJAAN perlu menambah baik kualiti dan masa yang diperuntukkan dalam pembelajaran menerusi Televisyen Pendidikan (TVP) bagi mengurangkan jurang digital dalam kalangan pelajar.

Teo Nie Ching (PH-Kulai) berkata, bersandarkan jadual siaran program menerusi dua saluran yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan beberapa kesimpulan mengenai keberkesanan TVP berupaya dibuat.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan berkata, hasil penelitian selama seminggu, iaitu dari 5 hingga 12 November lalu, beliau berkata, peruntukan masa yang disediakan menerusi TVP ialah hanya mewakili 14 peratus berbanding tempoh sebenar pembelajaran di sekolah.

“Untuk Tingkatan Enam, hanya tiga subjek yang diajar, iaitu fizik (selama 55 minit), ekonomi (27.5 minit) dan sejarah (27.5 minit).

“Lagi teruk Tingkatan Dua, tiada mata pelajaran dalam saluran yang saya sebutkan, berbanding sekolah rendah, darjah 1, hanya satu subjek disiarkan, iaitu matematik (30 minit).

“Sepatutnya, satu minggu mereka boleh belajar matematik selama 300 minit, tetapi dalam TVP, kita hanya sediakan 30 minit.

“Sama juga untuk Tahun Tiga apabila pengajaran matematik (30 minit), Bahasa Melayu (150 minit) dan Bahasa Inggeris (30 minit) yang sekali gus menjadikan peruntukan masa sebanyak 210 minit, iaitu tempoh lebih baik berbanding Tahun Satu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. -Malaysiapost

Foto Kredit: NSTP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here