Covid-19: 1 kluster baharu, 1 kluster tamat

0
1

Fitri Nizam

SATU kluster baharu dikesan di Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah dikenali sebagai Kluster Matambai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini kluster berkenaan sudah menjangkiti 24 individu.

“Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-22,962) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober lalu, sebelum dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah, Matambai di Penampang.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 333 individu sudah disaring, daripada jumlah itu, 306 individu dikesan negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham memaklumkan Kluster Jeram diisytiharkan tamat selepas tidak lagi mencatatkan pertambahan kes baharu dalam tempoh 28 hari.

“Ingin dimaklumkan bahawa Kluster Jeram diisytiharkan tamat hari ini. Kluster ini membabitkan daerah Kubang Pasu di Kedah.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini seramai 351 individu disaring di mana lima kes dikesan positif Covid-19, manakala 346 individu lagi negatif.

“Tiada kematian dilaporkan membabitkan kluster ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here