‘Allahyarham berperanan mencorak karier politik saya’ – Muhyiddin

0
1

Fitri Nizam

ALLAHYARHAM Datuk Hasbullah Osman memainkan peranan besar dalam mencorakkan perjalanan politik saya, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, Allahyarham adalah bekas Setiausaha Politik beliau ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Jasanya amat saya hargai hingga ke hari ini. Banyak kenangan yang kami kongsi bersama. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat saya.

“Sebagai seorang wakil rakyat, Allahyarham saya kenali sebagai individu yang sentiasa membangkitkan hal-hal berkaitan kepentingan rakyat di Parlimen, malah sikapnya yang ramah membuatkan Allahyarham mesra dengan semua orang,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Justeru, Muhyiddin dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian Ahli Parlimen Gerik itu hari ini.

Muhyiddin berkata, bagi pihak kerajaan, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti Allahyarham sepanjang bergelar wakil rakyat dan juga selaku Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Semoga amalan baik Allahyarham diterima Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here