Naiktaraf Jalan Melayu segera – Annuar

0
1

Fitri Nizam

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mahu Jalan Melayu di Kuala Lumpur dinaiktaraf serta merta dan memperindahkan lokasi di sekitarnya.

Annuar berkata, beliau juga mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kebenaran supaya lokasi terbabit digunakan untuk tujuan perniagaan.

“Saya dan Datuk Bandar lawati Jalan Melayu, Kuala Lumpur. Satu-satunya nama jalan Melayu tapi kenapa mesti selekeh, tidak kemas dan tiada identiti Melayu.

“Jalan Masjid India sebelahnya sudah cantik.

“Saya mahu DBKL serta merta naiktarafkan dan indahkan Jalan Melayu serta izinkan peniaga berniaga di situ,” katanya menerusi satu hantaran Facebook, hari ini.

Annuar sebelum ini mengumumkan, insiatif ‘Wilayah Bebas Berniaga’ dibuat bagi membolehkan warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan meringankan beban susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Insiatif tersebut dikhususkan kepada warganegara Malaysia saja dan penduduk Wilayah Persekutuan dibenarkan berniaga termasuk makanan, pakaian dan apa saja jenis perniagaan bermula Ahad ini sehingga 15 April tahun depan.  -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here