Wanita maut jatuh gaung ketika sertai aktiviti mendaki

0
1

KEGEMBIRAAN seorang wanita menghabiskan cuti umum Deepavali dengan aktiviti mendaki, bertukar tragedi selepas dia maut akibat terjatuh ke dalam gaung di Bukit Banang, Batu Pahat, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kejadian pada jam 11.34 pagi itu, mangsa Aina Nabilah Yusof, 20, terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 80 meter.

“Mangsa dipercayai melakukan aktiviti berbasikal, sebelum menyambung aktiviti mendaki sempena cuti umum Deepavali bersama seorang lagi rakannya.

“Ketika kejadian terdapat juga pendaki yang lain dan ternampak mangsa terjatuh, sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mayat dibawa naik pada jam 3.46 petang, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Seramai 16 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Pahat dan Penggaram dihantar ke tempat kejadian.

“Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 5.18 petang,” katanya. -Malaysiapost.

Foto kredit : Ihsan bomba