Covid-19: 1,114 kes baharu, 2 kematian.

0
2

Nilam Oshman

SEBANYAK 1,114 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini dengan membabitkan dua kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,112 kes tempatan dan dua kes import.

Beliau berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kepada
46,209 kes setakat ini.

“Daripada jumlah itu, Sabah mencatat kes baharu dengan 391 kes.

“Negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 217 kes positif pada hari ini di mana 145 kes adalah daripada kluster-kluster.

“Sebanyak 65 kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Tembok (45 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes), Kluster Penjara Kepayan (2 kes) dan Kluster GK Tawau (1 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Dr Noor Hisham berkata, Negeri Sembilan mencatatkan 371 kes, diikuti Selangor (199), Perak (53), Pulau Pinang (34) dan Johor (15).

“Manakala, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (13), Kedah (10), Labuan (8), Melaka (6), Kelantan (5), Putrajaya (4) dan Sarawak (3),” katanya.

Beliau turut memaklumkan 103 individu masih di rawatan rapi (ICU) di mana 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, terdapat penambahan kes dua kematian hari ini melibatkan warganegara justeru jumlah kumalatif kematian adalah 306 kes. -Malaysiapost.