Deepavali: Perjumpaan keluarga penghuni penjara guna aplikasi Skype

0
1

SESI perjumpaan antara keluarga penghuni bersama penghuni secara fizikal di
seluruh institusi penjara sempena sambutan Deepavali esok dibatalkan.

Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan sesi perjumpaan kali ini digantikan dengan menggunakan aplikasi Skype dan perkhidmatan telefon pra bayar disediakan di seluruh institusi penjara.

“Ini adalah langkah bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ke dalam institusi penjara,” kata jabatan itu menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Jabatan Penjara melahirkan rasa kesal atas ucapan sebarang kesulitan berhubung perkara itu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada institusi penjara yang berkaitan. – Malaysiapost