Hartawan Cina sumbang RM100,000 pulih, bina kuil Hindu

0
2

USAHAWAN muda berbangsa Cina, Datuk Seri Liow Soon Hee menyumbang RM100,000 kepada usaha penyelenggaraan dan pemeliharaan Kuil Hindu Sri Maha Muniswarar, Ampang serta pembinaan kuil baharu.

Sumbangan itu sekali gus adalah kali ketiga oleh Soon Hee kepada tempat ibadat tanpa mengira agama atau bangsa.

Beliau percaya sumbangan yang diberikan dapat membantu pembinaan kuil baharu bersebelahan kuil lama bagi menampung lebih ramai penganut agama Hindu di situ.

Pada Disember 2019 dan Julai lalu, Soon Hee menyumbangkan RM200,000 dan sumbangan kali ini adalah kali ketiga diberikan dermawan itu berdasarkan perkembangan semasa pembinaan kuil yang dijangka siap pada tahun depan.

Kuil Dewa Sri Maha Muniswarar adalah kuil Hindu Tertua di Ampang dan ia dibina pada tahun 1930 oleh kumpulan pertama pekerja berbangsa Tamil.

Banyak penganut dan ahli jawatankuasa kuil terbabit adalah daripada keturunan mereka.

Sumbangan itu diterima pengurusan kuil Sri Maha Muniswarar pada 9 November lalu yang disampaikan sendiri Soon Hee bagi pihak Yayasan Winner Emperor SeDunia. – Malaysiapost