Reman suspek kes bunuh Nur Surya dilanjut 7 hari

0
2

PERINTAH reman terhadap pelajar Tingkatan Enam yang disyaki terbabit kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, disambung tujuh hari lagi hingga Isnin depan.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan perintah reman terhadap gadis berusia 19 tahun itu disambung bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.

Sebelum ini, suspek direman tujuh hari bermula 3 November lalu, namun polis memohon lanjutan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Suspek yang juga kenalan mangsa, ditahan selepas tampil di Balai Polis Telemong di Kuala Terengganu bersama ibunya pada jam 8.15 pagi 2 November lalu.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut, berkata suspek ditangkap berdasarkan bukti di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa. – Malaysiapost