JASA: Menteri Kewangan mangsa orang politik – Anwar

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

[Parlimen] MENTERI Kewangan hanya menjadi mangsa orang politik, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa ia susulan peruntukan lebih RM81 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menerusi Belanjawan 2021.

“Bagi apa hujah karut pun orang tak boleh terima dah. Orang susah you (awak) cakap simpati.. frontliner.. you bagi RM300 kat nelayan, you bagi subsisdi padi.

“Tetapi untuk kroni politik untuk teruskan propaganda kotor mereka RM81 juta diberikan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, Anwar berkata, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz perlu membatalkan peruntukan kepada JASA dalam Belanjawan 2021.

“Saya minta Menteri kewangan batal peruntukan ini. Mana boleh… Menteri Kewangan kena jaga intergriti.. krebiliti.. jangan layan tuntutan mereka,” katanya.

Dokumen Belanjawan 2021 dibentangkan Tengku Zafrul dan diagihkan kepada setiap Ahli Parlimen pada Jumaat lalu, menyatakan RM81.5492 juta diperuntukkan mengikut butiran 050100, bagi program perluasan JASA.

Peruntukan itu yang terkandung dalam kepala bekalan 47, Kementerian Komunikasi dan Multimedia. – Malaysiapost