Bila saya kekang Ahli Parlimen berdebat?

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

[Parlimen] YANG Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ‘naik angin’ terhadap dakwaan beliau melarang Ahli Parlimen berdebat.

Ia susulan jumlah Ahli Parlimen yang dibenar berada di Dewan Rakyat dihadkan kepada 80 orang pada satu-satu masa sepanjang tempoh persidangan sesi kali ini.

Azhar berkata, beliau berharap isu berkenaan tidak dibangkitkan lagi kerana sudah berulang kali ia dijelaskan sebelum ini.

“Yang berhormat tadi membangkitkan Artikel 96 dan 97 Perlembagaan Persekutuan… tak ada pun kata semua Ahli Parlimen perlu berada dalam dewan setiap masa.

“Di manakah terletaknya dalam Perlembangaan Persekutuan bahawa setiap masa saya perlu mendengar 222 ahli dewan? Korumnya hanya 26 orang dalam peraturan mesyuarat. Kita ada 80 orang.

“Saya bukan nak kekang Ahli Parlimen dari berdebat.. semua yang dipilih dari parti whip boleh berdebat, dipersilakan bila-bila masa yang dibenarkan oleh ketua Whip parti.

“Kalau kita tengok pada hari persidangan bukan semua 222 orang berada dalam dewan pun… yang datang dalam 100, 120 orang sehari. Yang 120 orang ini pun bukan berada dari 10 pagi hingga 5 petang, mereka keluar masuk. Kadang jam 2.30 petang nak dapat korum pun tiada,” katanya sebelum sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mendakwa tindakan menghadkan jumlah Ali Parlimen di Dewan Rakyat adalah bertentangan dengan Perlembangaan dan keputusan itu perlu ditarik balik. – Malaysiapost