Pakej Prihatin, Penjana bantu atasi pengangguran – Menteri Kewangan

0
2

MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, usaha awal kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) membantu Malaysia keluar daripada impak tahap pengangguran yang tinggi.

Menurut beliau, bagi menjamin pekerjaan kekal stabil, kerajaan melaksanakan Majlis Pekerjaan Negara yang memberi subsidi kepada majikan sehingga RM4,000 atau 40 peratus daripada gaji mereka.

“Majlis Pekerjaan Negara akan dipengerusikan Perdana Menteri. Kerajaan harus bekerjasama dengan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan swasta bagi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Tahap pengangguran ketika ini juga pada 4.7 peratus,” katanya dalam wawancara khas yang disiarkan secara langsung malam ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Belanjawan 2021 untuk membendung Covid-19.

Beliau berkata, dalam belanjawan kali ini KKM juga diperuntukan hampir RM32 bilion.

“Jadi, kita lihat objektif Belanjawan 2021 adalah untuk membendung Covid-19. Kerajaan memperuntukkan RM4 bilion untuk KKM dan ini hanya fokus Covid-19.

“Tetapi, jika kita lihat kerajaan juga peruntukan KKM hampir RM32 bilion,” ujarnya. – Malaysiapost