Nahas helikopter: PM sedih, ucap takziah kepada keluarga mangsa

0
1

TAN Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa amat sedih apabila mendapat berita mengenai nahas dua helikopter yang mengakibatkan kematian dua juruterbang, pagi tadi.

“Saya difahamkan dua lagi juruterbang dalam kemalangan yang berlaku di kawasan Taman Melawati, Ampang itu mengalami kecederaan ringan dan sedang menerima rawatan perubatan.

“Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga mangsa nahas helikopter atas kehilangan orang tersayang dan tabah dalam menghadapi ujian ini.

“Kepada juruterbang yang tercedera, didoakan semoga kedua-duanya diberikan kesembuhan. Amin,” kata Perdana Menteri menerusi kenyataan hari ini.

Mangsa yang maut dalam nahas udara itu adalah Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 44.

Dua yang terselamat adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) Datuk Ahmad Jauhari, 66, dan Tan Chai Eian, 51. – Malaysiapost