519 individu ditahan ingkar PKP semalam

0
1

POLIS menahan 519 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 511 individu dikompaun, empat direman dan empat lagi dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (206), tidak memakai pelitup muka (126), gagal menyediakan peralatan / rekod butiran diri (67) premis beroperasi lebih masa (23), Aktiviti pusat hiburan (9), dan lain-lain (88),” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Operasi Benteng semalam menangkap enam pendatang asing tanpa izin (PATI), selain merampas tiga kenderaan darat.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong tikus,” katanya. – Malaysiapost