Belanjawan 2021: M40 ‘serang’ FB Menteri Kewangan

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

FACEBOOK milik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ‘diserang’ warganet selepas beliau meminta pandangan rakyat berhubung Belanjawan 2021 yang dibentangkannya, semalam.

Sebahagian besar khususnya dari golongan M40 yang tidak berpuas hati dan mendakwa golongan mereka disisihkan dari Belanjawan 2021.

Selain ada juga ‘geram’ kerana kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 bersifat bersasar, di mana bukan semua pencarum menerima manfaatnya.

Antara, pengguna Facebook Noor Sharina Yahya yang mendakwa belanjawan itu hanya untuk satu pihak sahaja, di mana B40 yang memperoleh banyak manfaat.

“M40 mcm anak yatim terpinggir yg hidup segan mati tak mahu. EPF hanya 600K, tak sampai 1 juta yang boleh memohon, seolah yang lain ni takde hutang dan masalah yg nak diselesaikan. Level kayangan agaknya. Tak terjejas dek Covid19. Tak tahu pulak yang terjejas Covid-19 ni B40 saja.

“At least, bagilah satu benefit yang dapat diterima oleh semua rakyat malaysia. Bukan bersasar. EPF tu tak sepatutnya dalam budget pon. Tak usik duit government kan. Itu bukan inisiatif kerajaan,” katanya.

Begitu juga, Azrul Amir Abdul Rahman yang berpadangan golongan M40 turut terkesan dengan pandemik Covid-19 tetapi dipinggirkan.

“Golongan M40 yg merupakan antara pembayar cukai teramai tidak mendapat apa-apa benefit…. ramai juga antara M40 yang terkesan,” katanya.

Sementara itu, Ateh Ahmad berharap kerajaan dapat membenarkan atau memberikan pilihan kepada M40 dan T20 mengeluarkan caruman KWSP.

“Bagi saya kerajaan harus benarkan atau berikan pilihan utk golongan M40 dan T20 kakitangan swasta yang punya caruman 200k hingga 600k untuk keluarkan caruman EPF sebanyak 10k one off atau 1k/bulan.

“Untuk makluman YM Tengku mereka juga turut terkesan tiada kenaikan gaji atau bonus malah ada yang dipotong gaji juga elaun sejak Covid-19. Mohon pihak kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan ini,” katanya.

Aby Shafie pula melahirkan rasa kecewa susulan pengeluaran KWSP akaun 1 hanya untuk golongan yang dibuang kerja.

“Yang memerlukan saat-saat begini bukan hanya yang dibuang kerja, juga berlaku kepada yang bekerja separuh masa,kerja dalam seminggu hanya 2 ke 3 kali kerja itu pun tak sampai separuh hari.

“Sudahlah bukan diberi secara one off@lumsum. Buat seperti i lestari untuk akaun 1 bukan semua pencarum yang mohon!! Semestinya yang amat memerlukan akan memohon,” katanya.-Malaysiapost