RM15 bilion untuk infra pengangkutan

0
1

[Belanjawan] SEBANYAK RM15 bilion disediakan kerajaan bagi membiayai antaranya projek Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Pertama.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan komited untuk melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan bagi meningkatkan kemudahsampaian rakyat.

Menurutnya, selain itu beberapa projek lain juga akan diteruskan seperti Sistem Transit Rapid dari Johor Bahru ke Woodland, Singapura dan Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) di Lembah Klang.

“Pada dasarnya, kerajaan berhasrat untuk meneruskan projek High Speed Rail atau HSR kerana projek ini dijangka dapat menjana kesan pengganda yang positif terhadap ekonomi negara.

“Namun begitu ia tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan Singapura,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut mengumumkan beberapa projek baharu berjumlah hampir 3.8 bilion ringgit akan dilaksanakan seperti berikut:

Pertama: Projek Fasa 2 bagi pembinaan Jambatan Klang Ke-3 di Selangor

Kedua: Meneruskan Projek Central Spine Road di jajaran baharu di negeri Kelantan dan Pahang. – Malaysiapost

Foto Kredit: NSTP