Belanjawan 2021: BSH ditukar kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

0
2

[Belanjawan] KERAJAAN akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi menambah baik bantuan tunai ini secara lebih bersasar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik meliputi empat aspek iaitu :

  1. Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 ringgit, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.
  2. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.
  3. Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih.
  4. Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350. Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini iaitu 40 tahun.

Menurut beliau, secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukkan RM6.5 bilion berbanding dengan 4.3 juta penerima dan peruntukkan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH. – Malaysiapost