Nurul Huda Abhar
SERAMAI 456 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan daripada jumlah itu, 455 dikompaun dan seorang direman.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tidak memakai pelitup muka adalah 143 kes dan ia tertinggi berbanding kesalahan lain.
“Bagi kesalahan penjarakan fizikal (137), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (77), aktivti pusat hiburan (28), dan lain-lain (71).
“Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 25 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan dua tekong. Turut dirampas sembilan kenderaan darat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ismail Sabri, sebanyak 277 sekatan jalan raya Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan anggota polis dan tentera.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” ujarnya. – Malaysiapost

