Kit Siang ‘uncle tua’ berfikiran kotor, kata Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

Aiman Hanif

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sentiasa di dalam pemikiran kotor Penasihat DAP Lim Kit Siang yang obses terhadap pemilihannya selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Najib berkata, jawatan itu bukan lantikan kerajaan yang bergaji, sebaliknya hanya merancang hujah bagi berdebat di Dewan Rakyat.

Jelasnya, sejak Isnin lalu ‘uncle’ (Lim) telah membuat enam posting mempertikaikan keputusan dalaman BN melantiknya sebagai pengerusi BNBBC.

“Punya kuat ‘obsession’ Kit Siang pada saya. Punya kuat takutnya pada saya.

“Ini BNBBC, bukan DAPBBC. Uncle faham ke tidak?,” kata Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Pada 1 Nov lalu, sebuah portal berita melaporkan Najib dipilih sebagai pengerusi BNBBC.

Dengan memetik sumber, portal berkenaan berkata, bekas perdana menteri itu diberikan peranan utama bermula sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu terutama dalam perbahasan Belanjawan 2021.

Sementara itu, Najib menyindir Lim yang sibuk memperkatakan tentangnya ketika orang lain sibuk tentang Covid-19.

“Ini bukan lantikan kerajaan. Jawatan yang tak bergaji. Kerjanya untuk merancang hujah-hujah ahli parlimen BN dalam Dewan Rakyat, terutamanya untuk bajet 2021.

“Orang lain fikir masalah Covid dan bantuan ekonomi pada Rakyat sengsara tiap-tiap hari.

“Saya pula dalam fikiran kotor uncle tua seorang ini tiap-tiap hari,” katanya lagi.- Malaysiapost